Persaraan En Athesan

Bila sekali kita gagal
Teruskan usaha untuk kemenangan
Jangan diucap selamat tinggal
Kerana ia satu keperitan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi satu memori
Teresak-esak menahan kesakitan
Ambil ubat untuk hilangkan
Walau perpisahan satu keperitan
Mudah-mudahan dapat mematangkan
Bertemu berpisah lumrah alam
Menjadi memori kenangan silam
Janganlah diri merasa kelam
Kerana perpisahan hidupmu suram
Menangis hiba di dalam kesayuan
Mengenang nasib terbuang di perantauan
Andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
Redhalah menerima kerana itulah suratan
Jalan berlenggang si gadis sunti
Berbaju kebaya di waktu pagi
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang pergi


( Pada 30 Januari 2008 seluruh warga SKMD kehilangan seoarang bapa yang kami sayangi)

No comments: