TERIMA KASIH CIKGU


SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SKMD.


"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG"


Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highlands











Tarikh : 11. 5. 2008 ( Ahad )

Agenda Lawatan

7.00 pagi - Berkumpul di SK Manjoi Dua
7.30 pagi - Bertolak ke Cameron Highlands
9.30 pagi - Sarapan di Tanah Rata
10.00 pagi - Lawatan ke MARDI Cameron
11.30 pagi - Lawatan ke ladang Teh Boh
12.00 tgh - Lawatan di sekitar kawasan Cameron
- Ladang strawberi
- Ladang bunga
1.00 petang - Makan tengah hari, solat zohor dan pengurusan diri
2.00 petang - Membeli belah di sekitar Cameron
4.00 petang - Bertolak pulang ke SK Manjoi Dua
6.30 petang - Tiba di SK Manjoi Dua

Persaraan En Athesan

Bila sekali kita gagal
Teruskan usaha untuk kemenangan
Jangan diucap selamat tinggal
Kerana ia satu keperitan
Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi satu memori
Teresak-esak menahan kesakitan
Ambil ubat untuk hilangkan
Walau perpisahan satu keperitan
Mudah-mudahan dapat mematangkan
Bertemu berpisah lumrah alam
Menjadi memori kenangan silam
Janganlah diri merasa kelam
Kerana perpisahan hidupmu suram
Menangis hiba di dalam kesayuan
Mengenang nasib terbuang di perantauan
Andai ditakdirkan berakhirnya pertemuan
Redhalah menerima kerana itulah suratan
Jalan berlenggang si gadis sunti
Berbaju kebaya di waktu pagi
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang pergi


( Pada 30 Januari 2008 seluruh warga SKMD kehilangan seoarang bapa yang kami sayangi)

SK MANJOI DUA

Ini adalah blog SK Manjoi Dua. Semua paparan yang terdapat di sini adalah untuk tatapan semua murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang berminat untuk mengetahui tentang SKMD. Sebarang komen boleh di hantar ke blog ini untuk menambah baik blog ini. Semoga dengan terbinanya blog ini, insya'allah segala maklumat terkini akan dipaparkan.